Jenayah

‘Kami nak sumpit beruk’

sumpit beruk

BATU GAJAH – “Sumpit ini untuk kegunaan kami berburu, tangkap beruk, bukan nak buat apa-apa..,” itu alasan dua rakan Orang Asli ketika ditahan dalam satu pemeriksaan Op Warta di kawasan Perindustrian Pusing, di sini.

Dalam operasi kira-kira jam 3 pagi itu, kedua-dua mereka berusia 30-an ditahan apabila menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan dengan membawa bersama batang sumpit sepanjang tiga meter.

Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati, terdapat seekor beruk jantan dewasa yang sudah mati diletakkan dalam raga motosikal berkenaan.

Mat berkata, beruk seberat tujuh kilogram itu baru sahaja disumpit menggunakan racun dari pokok Ipoh.

“Kami biasanya berburu pada waktu malam sebab beruk tidak agresif dan lebih banyak duduk diam di atas pokok, sebab itu kami bawa sumpit malam-malam,” katanya.

Menurutnya, meskipun terdapat sumber makanan lain, bagi masyarakat Orang Asli, daging beruk mempunyai keistimewaan rasa yang tersendiri.

“Semua bahagian boleh dimakan termasuk otaknya, dagingnya sedap kalau dimasak sup, lagipun ia percuma dan senang disumpit,” katanya.

Kedua-dua mereka kemudiannya dilepaskan setelah diambil keterangan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");