Membawang Hari Ini

Kekasih lupa hari lahir Maya

maya karin

Aktres jelita rai bersama pelakon dan kru SuperMokh, tak kisah tiada ucapan daripada buah hati

Bagi pasangan yang bercinta, tarikh lahir dan tarikh ulang tahun perkenalan ternyata cukup penting untuk diingati.

Setiap kali tibanya tarikh terbabit, menjadi kelaziman sesuatu pasangan untuk saling memberikan ucapan ataupun meraikannya dalam majlis yang cukup romantis.

“Rai bersama pelakon dan kru SuperMokh, tak kisah tiada ucapan daripada buah hati

Namun, perkara itu tidak berlaku kepada aktres, Maya Karin, apabila buah hatinya langsung tidak memberikan ucapan pada hari ulang tahunnya ke-34, yang jatuh pada 29 Oktober lalu.

“Dia langsung tidak memberikan apa-apa ucapan. Saya rasa dia pun tak tahu tarikh hari lahir saya kerana saya sendiri tidak pernah memberitahunya. Namun, saya tak kisah pun kerana saya juga seorang yang susah nak ingat tarikh lahir kawan-kawan.

“Mereka faham kalau saya tidak memberikan sebarang ucapan apabila tiba hari istimewa masing-masing,” jawab Maya apabila ditanya mengenai hadiah istimewa pemberian buah hati sempena sambutan ulang tahun hari lahirnya beberapa hari lalu.

Wanita ini juga tidak mendedahkan identiti lelaki yang dikatakan sebagai kekasihnya itu.
Rakan buat kejutan

Dek kesibukannya menjalani latihan muzikal SuperMokh yang semakin hampir tarikh pementasannya, wanita kacukan Melayu-Jerman ini hanya berkesempatan meraikannya bersama rakan pelakon dan kru produksi teater berkenaan.

“Selalunya, setiap kali selepas kami selesai membuat latihan sesuatu babak, pengarah (Hans Isaac dan Harith Iskander) akan memberikan komentar sebelum beralih ke babak lain. Namun, pada malam hari jadi saya, mereka hanya memberikan komen selepas semua babak diselesaikan.

“Hati saya mula rasa tak sedap apabila mereka tidak puas hati dengan latihan malam itu. Tiba giliran saya, alih-alih mereka menjerit mengucapkan ‘selamat hari jadi Maya’. Memang terkejut, tapi saya rasa seronok,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan yang diadakan di Istana Budaya, kelmarin.

Bermain untuk negara

Hadir sama, Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim, isteri legenda bola sepak negara, Mokhtar Dahari, watak yang dibawakan Maya dalam muzikal itu.

Bercerita mengenai pengalaman yang dikutipnya sepanjang terbabit dalam latihan bagi menjayakan teater itu, Maya berkata semakin dia mengenali Mokhtar, semakin dia mengagumi keperibadian tokoh bola sepak negara itu.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");