Isu Panas

Keluarga Azizan mahu ambil tindakan undang-undang

KAKI

SHAH ALAM – Keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menggantung patung kaki tertera tulisan ‘Kaki Azizan’.

Anak kelima daripada isteri pertama Allahyarham, Muhammad Rafi’iy Azizan, 32, berkata, kejadian yang berlaku merupakan satu bentuk penghinaan kepada Allahyarham bapanya.

“Kami sekeluarga cukup kecewa, marah dan sedih. Perkara itu jelas mengaibkan dan menghina Allahyarham.

“Saya percaya pihak yang terlibat bertujuan menimbulkan provokasi kepada Pas dan Umno. Sedangkan, sebelum ini kami sudah mengeluarkan kenyataan agar semua pihak menghormati Allahyarham,” katanya.

Menurutnya, pihak yang terbabit juga sepatutnya berkempen mengikut lunas Islam dan undang-undang Perlembagaan.

“Kejadian ini bukan sahaja salah dari sisi Islam, malah moral. Cukuplah dengan segala penderitaan yang ditanggung kami sekeluarga,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");