Membawang Hari Ini

Kemaruk stik

liyana

Seperti wanita lain yang hamil, aktres popular, Liyana Jasmay tidak terlepas daripada masalah alahan. Mencecah tiga bulan usia kandungannya, alahan dialami selebriti ini makin menjadi-jadi. Liyana mudah mual dan tidak boleh terlalu aktif kerana badannya cepat lemah.

Bagaimanapun, dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan, aktres yang memiliki single Cinta Bersatu dan Jujur ini tetap gagah menghadiri program Media Prima TV Networks 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), petang Jumaat lalu.

Malah, Liyana atau lebih akrab disapa Nana, sudi berkongsi kisah kehamilannya yang dianggap sungguh mencabar.

“Ketika peringkat awal kehamilan, memang ada alahan. Namun, tidaklah seteruk apa yang Nana alami kebelakangan ini. Asyik nak muntah saja. Mujurlah suami Nana memahami. Dialah yang menjaga Nana dalam keadaan begini.

“Sekarang, Nana menetap di Kuala Lumpur bersama keluarga. Suami datang setiap hujung minggu menemani saya berikutan dia perlu berada di Sabah kerana bekerja,” cerita pelakon berusia 25 tahun ini.

Tak sabar tahu jantina anak

Berikutan ia kehamilan pertama, Nana berkata, dia banyak belajar mengenai kaedah penjagaan ibu mengandung menerusi pembacaan.
“Kalau Nana sakit atau terasa perubahan dalam diri ini, Nana cepat-cepat mendapatkan maklumat melalui Google untuk pemahaman lebih jelas.

“Melalui Google, Nana banyak belajar mengenai proses kehamilan selain membaca buku dan sebagainya,” ujarnya yang amat gemarkan juadah stik sejak kebelakangan ini.

Walaupun baru memasuki 12 minggu berbadan dua, Nana berkata, dia tidak sabar untuk mengetahui jantina bayinya.

“Selalunya, ramai yang lebih selesa tidak ambil tahu soal jantina bayi mereka lebih awal. Selalunya, ibu bapa mahu ia menjadi kejutan.

“Tapi bagi Nana, lebih senang tahu lebihawalsebabmemudahkanuntuk membuat persediaan seperti membeli pakaian dan hiasan bilik bayi kelak,” katanya dalam nada teruja.

Lupa hasrat berlakon

Sepatutnya wanita kecil molek ini bakal muncul dalam drama terbaru berjudul Ride terbitan Mermaid Studios. Namun, disebabkan masalah alahan itu, Nana terpaksa melupakan seketika kerjaya lakonan.

“Pada awalnya, Nana akan memegang watak Elana. Tetapi disebabkan alahan teruk ini, terpaksalah watak itu diserahkan kepada pelakon lain iaitu Elfira Loy,” katanya yang hanya akan berada di belakang tabir sepanjang penggambaran drama itu yang akan disiarkan TV9.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");