Isu Panas

Keputusan Tuan Ibrahim menunjukkan beliau layak

tuan-ibrahim-july21

Oleh Faridah Osman:-

TIDAK dinafikan Pas kawasan yang mencalonkan Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas kecewa dengan keputusan yang dibuat beliau malam tadi.

Namun, dari satu sudut yang lain, penolakan jawatan itu telah lebih menunjukkan bahawa Tuan Ibrahim selayaknya untuk menjadi Timbalan Presiden Pas walaupun beliau mendapati orang lain lebih layak.

Kami terpaksa akur dengan keputusan beliau. Terpancar keikhlasan dan kerendahan hati, kebesaran jiwa serta kehalusan budi Tuan Ibrahim di dalam keputusannya ini.

Inilah antara insan yang layak dilantik sebagai pemimpin. Keputusan yang diambil sangat dihormati walaupun kami tidak setuju, kerana beliau sememangnya lebih layak untuk menjadi Timbalan Presiden.

Sebagai Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim boleh dikatakan ialah antara pemimpin Pas yang paling menonjol memegang jawatan ini.

Kenyataan politiknya dibuat tanpa emosi diselit dengan elemen dakwah dan penerangan beriramakan bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Kuliah agamanya tidak perlu disebut, sesiapa yang pernah mengikutinya akan terasa haus sehingga meminta-minta lagi.

Beliau sememangnya melaksanakan tugasnya “menerang” memberi penjelasan dan bukan menyerang” apa-apa pendirian Pas.

Yang paling menonjol pada Tuan Ibrahim ialah Facebook peribadinya. Tulisan-tulisan motivasi berlandasakan agama beliau cukup menyentuh, membuka minda dan makan dalam.

Saya difahamkan beliau dibantu oleh anak angkatnya untuk memastikan ada tulisan setiap hari di Facebook untuk tatapan para pengikutnya. Terima kasih kepada kamu berdua.

Kerana tulisan-tulisannya, ramai yang kini memanggil Tuan Ibrahim sebagai ‘ayah’. Trademark beliau ialah ada perkataan ‘Senyum’ di penghujung setiap tulisannya yang membuatkan pembaca tersenyum seperti memerhatikan lesung pipit beliau.

Tulisan-tulisan di Facebooknya turut dibukukan – dan Tuan Ibrahim semenjak menjawat Ketua Penerangan sudah ada dua buku sendiri iaitu Senyumlah dan Senyumlah 2.

Buat Ustaz Tuan yang disayangi, selamat bertanding di kerusi Naib Presiden. Kami menghormati keputusan ustaz. Ustaz lebih tahu ukuran baju di badan sendiri berbanding kami.

Teruskan mendidik kami dengan motivasimu. Akan sampai masanya nanti untuk ustaz menerajui Pas.

Bagi calon-calon lain yang bertanding Timbalan Presiden, selamat bertanding. Kami yang menyokong Ustaz Tuan akan memilih secara bijaksana berdasarkan nasihat yang diberi Ustaz Tuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");