Berita Hari Ini

Kerajaan Kaji Impak Had Hayat Kenderaan – Hishmmuddin

hishammuddin-hussein-aug2

KUALA LUMPUR: Satu kajian menyeluruh akan dilaksanakan kerajaan bagi melihat impak ekonomi dan sosial terhadap orang ramai sekiranya pelaksanaan had hayat kenderaan ditetapkan kepada 12 tahun bagi sesebuah kenderaan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kajian itu akan turut melihat golongan yang mungkin terjejas sekiranya perkara itu dilaksanakan.

“Kita perlu kaji perkara ini, termasuk meneliti kos sara hidup serta kewangan pengguna kenderaan berkenaan sebelum ia boleh dilaksanakan. Keputusan melaksanakan perkara tersebut tidak boleh dijalankan secara terburu-buru,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku mewah Op Fajar berjudul ‘The Malaysian Success Story in The Gulf of Aden’ di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, di sini, Selasa.

Beliau mengulas cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Prof Dr Wong Shaw Voon pada 15 November mengenai kenderaan berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya kerana terdedah kepada pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");