Berita Hari Ini

Kerugian Haiyan cecah RM2b

haiyan

Penduduk mula mendapatkan bekalan air bersih di TaclobanL:-

TACLOBAN – FILIPINA. Kerugian keseluruhan akibat taufan Haiyan di Filipina mencecah AS$14.5 bilion (RM46 bilion), namun disebabkan pemilikan insurans rendah di negara itu, kerugian hanya dianggarkan antara AS$300 juta (RM956 juta) dan AS$700 juta (RM2 bilion).

Menurut laporan AIR Worlwide, Filipina berdepan cabaran besar untuk membangunkan semula kawasan dilanda taufan yang mengorbankan lebih 3,600 penduduk itu.

“Sukar memperoleh anggaran tepat kerana terlalu banyak kawasan musnah sepenuhnya termasuk,” menurut laporan itu kepada Reuters.

Laporan kerugian berbilion dolar itu turut melibatkan kerosakan bangunan komersial, kediaman, pertanian dan lapangan terbang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");