Jenayah

Kes perogol bersiri 9 Disember

tuduhan

IPOH – Mahkamah sesyen, di sini menetapkan 9 Disember depan memutuskan sama ada membenarkan secara bersama empat pertuduhan yang dihadapi seorang lelaki di sini, semalam.

Pertuduhan itu membabitkan tuduhan merogol dan cubaan melakukan persetubuhan luar tabii seorang pelajar tingkatan lima, September lalu.

Hakim Roshan Lutfi Mohamed menetapkan tarikh itu selepas permohonan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Isa disebut.

Nadiah juga memohon supaya dua kes yang didakwa terhadap tertuduh, Malek Ridzuan Asroll, 27, di Mahkamah Majistret Batu Gajah iaitu menyamar sebagai anggota polis dan mencuri telefon dipindahkan ke mahkamah sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.

“Saya memohon agar keempat-empat kes membabitkan rogol, cubaan melakukan seks luar tabii, menyamar anggota polis dan mencuri telefon bimbit dibicarakan bersama kerana membabitkan mangsa yang sama.

“Saya juga memohon satu tarikh lain untuk mendapatkan laporan perubatan mangsa kerana sehingga kini pihak kami masih belum diperoleh,” katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol dan cuba melakukan seks luar tabii terhadap seorang perempuan berusia 17 tahun di kawasan Tanah Adat Mandailing, Batu Gajah kira-kira jam 9.25 malam hingga 10.15 malam pada 25 September lalu.

Dia juga didakwa pada tarikh dan masa sama telah menyamar dan mencuri telefon bimbit milik mangsa tersebut.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376, Seksyen 377(c), Seksyen 379 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Selain pertuduhan itu, tertuduh juga menghadapi lima pertuduhan lain termasuk tiga pertuduhan seksual membabitkan cubaan rogol pekerja kedai kasut berusia 15 tahun dan wanita berusia 30 tahun serta cubaan melakukan seks luar tabii terhadap pelajar berusia 13 tahun.

Bagi pertuduhan itu, dua mahkamah sesyen di sini menetapkan Jumaat ini untuk sebutan semula kes.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");