Berita Hari Ini

KLIMS13 tumpu revolusi mesra alam

Tan Sri Joseph Kurup

Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (KLIMS13) kini menumpukan kepada momentum baru dalam usaha meningkatkan kecekapan penggunaan minyak dan revolusi mesra alam yang menjadi tumpuan semasa industri automotif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, berkata program ini salah satu komitmen kerajaan ke arah penggunaan tenaga bio yang mesra alam bagi menjamin persekitaran alam sekitar.

Katanya, KLIMS13 memberi dorongan revolusi hijau yang akan membantu industri dalam mengurangkan penghasilan dan pelepasan karbon daripada kenderaan.

Kenderaan cekap minyak

“Ia sejajar permintaan pengguna yang mahukan kenderaan cekap minyak bersesuaian dengan temanya ‘Kecekapan Mobiliti’.

“Program ini turut mempamerkan kenderaan baru yang lebih mementingkan aspek keselamatan yang canggih bagi memenuhi kehendak pelanggan pada masa kini,” katanya ketika melawat pameran KLIMS13, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, semalam.

Seramai 72,350 hadir pada hari ke lima sepanjang 10 hari program itu berlangsung dan KLIMS13 mensasarkan 330,000 pengunjung pada tahun ini. Pelbagai acara menarik menanti pengunjung antaranya Cabutan bertuah dianjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MMA) yang akan membawa pulang Toyota Prius 1.8L Luxury atau Honda CR-Z.

Sementara itu, Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad, berkata sebanyak 50 peserta dalam dan luar negara mengambil bahagian dalam acara itu termasuk 31 syarikat aksesori.

-BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");