Jenayah

Koperal kena penjara seumur hidup

koperal kena penjara

Alor Setar: Mahkamah Tinggi semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang anggota polis berpangkat koperal, manakala dua lagi rakannya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan 10 sebatan selepas didapati bersalah menculik seorang lelaki di daerah Kuala Muda dekat Sungai Petani, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab dalam penghakimannya semalam, mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes sebelum memutuskan tiga tertuduh iaitu Koperal Mat Rani Zakaria, 51, Jefri Abdullah, 29 dan Mohd Shukri Ibrahim, 33, kedua-duanya bekerja sebagai penjual kereta terpakai, bersalah mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Beliau berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas mengambil kira semua aspek dalam perbicaraan termasuk tindakan ketiga-tiga tertuduh yang tidak melakukan sebarang kecederaan kepada mangsa, Zulkifli Dahlan, yang ketika kejadian berusia 23 tahun.

Minta wang tebusan

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Hotel Akasia, Bedong dalam daerah Kuala Muda dekat Sungai Petani pada jam 12 tengah hari pada 15 Mac 2012 dengan tujuan mendapatkan wang tebusan RM40,000 selepas menahan mangsa dengan cara melarikannya secara salah.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani, manakala Mat Rani diwakili peguam bela Mohd Fadli Shuib dan Jefri serta Mohd Shukri pula diwakili peguam bela T Jayaraj.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");