Membawang Hari Ini

Lady Gaga berpisah dengan kekasih

lady gaga

Jadual padat hingga sukar untuk keluar bersama membuatkan kekasih Lady Gaga, Taylor Kinney, mengambil keputusan berpisah sementara daripada penyanyi itu.

Gaga dan pelakon lelaki terbabit dilaporkan bercinta sejak 2011.

Terdahulu, Kinney pernah merungut penyanyi itu sebenarnya ‘berkahwin’ dengan kerja, malah keegoan serta kegilaan terhadap bidang seni membuatkan dirinya terpinggir.

“Kekasih Gaga menyenangi gadis yang tenang dan merendah diri, namun dia tidak nampak kualiti itu dalam diri penyanyi terbabit. Dia juga tidak pernah berhenti bekerja, malah sempat menulis lagu ketika mandi dan mengimpikan rekaan persalinan terbaru ketika tidur.

“Setiap waktu hidupnya penuh dengan aktiviti. Dia dikelilingi pengawal keselamatan serta beberapa pembantu peribadi setiap masa. Dalam sebulan, mungkin hanya sehari mereka dapat meluangkan masa membuatkan Taylor nekad mengundur diri,” kata sumber.

Sememangnya 2013 bukan tahun baik buat penyanyi berimej pelik itu. Selepas dia menjalani pembedahan pada pinggulnya Februari lalu, beberapa rakan terdekat pula mengkhianati dirinya, disusuli insiden kehilangan anjing kesayangan. Kini, buah hati pula menjauhkan diri.

Ketika Gaga, 27, atau nama sebenarnya Stefani Germanot berdepan emosi perpisahan, Kinney pula dilihat berseronok dengan teman gandingannya dalam Chicago Fire, Brittany Curran, pada sebuah pertandingan bola keranjang.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");