Membawang Hari Ini

Laga bukan cuma babak ranjang

marsha londoh

Pelakon dan penyanyi berperwatakan ceria dari negeri di bawah bayu, Marsha Milan Londoh, 28, semakin hangat di pasaran.

Namun, kehangatannya bukan sekadar tawaran kencang dalam bidang lakonan atau nyanyian, malah bahang lain turut terasa tatkala babak ranjang dalam filem Laga serta kisah cintanya dengan jejaka bernama ‘S’ mula diperkatakan.

Dalam filem Laga arahan Ismail Yaacob, Marsha dipamerkan beraksi manja urut mengurut di atas katil dengan pelakon hebat, Wan Hanafi Su.

Walaupun sekadar satu babak, kesannya sangat dirasai tatkala semakin banyak pihak melihat ‘menjual’ adegan panas dalam filem sebagai cara perlu untuk menjual filem yang belum tentu untung ruginya.

Pada treler filem Laga berdurasi 2.09 minit yang dimuat naik ke laman YouTube, adegan itu lebih hangat diperkatakan berbanding babak lain yang turut menyokong isi cerita.

Imbas kembali, filem Spinning Gasing hangat diperkatakan kerana mengandungi babak separuh bogel pelakon berjimak atas meja, kemudian adegan ranjang Nora Danish dan Rusdi Ramli dalam filem Mencari Cinta. Itu belum lagi filem Ombak Rindu, Mantra, Embun dan Panas.

Walaupun dijelaskan pengarah yang pernah tampil dengan filem Lenjan (1998) mengenai keperluan babak itu, ia sedikit sebanyak membuatkan penonton memberi tanggapan negatif, terutama kepada Marsha.

Dalam hal ini, Marsha sedia dirinya dieksploitasi untuk melariskan filem. Mungkin juga kerelaannya membuatkan namanya jadi sebutan, sekali gus satu perkembangan bagus untuk memacu perjalanan kerjaya seninya.

Bagi Marsha, pada awalnya dia terkejut apabila babak ranjang itu mula disiarkan di Internet lalu menjadi perbualan hangat banyak pihak. Marsha tidak menyangka babak itu lebih ditonjolkan pihak produksi berbanding babak lain.

“Saya terkejut tetapi tidak ambil serius perkara itu kerana ia hanya lakonan. Cuma saya tidak mahu orang salah anggap dengan Laga sekadar menjual adegan panas, walhal banyak lagi babak menarik.

“Saya juga tidak melihat diri saya sebagai bahan eksploitasi. Lagi pun, kalau dilihat betul-betul, bukan panas mana pun adegan itu, cuma mungkin cara kerja kamera dan hasil suntingan menjadikan babak itu realistik,” katanya.

Marsha akui seronok bekerja dengan nama besar dalam industri filem tempatan dalam Laga. Antaranya Eman Manan, Datuk Rosyam Nor, Nasir Bilal Khan, Wan Hanafi Su, Ruminah Sidek dan Zaidi Omar. Pelakon lain, Syazwan Zulkifly dan artis Indonesia, Tyas Mirasih.

Belum sejuk lagi isu adegan panas dalam filem, Marsha ditembak pula mengenai hubungan intimnya dengan usahawan dikenali sebagai ‘S’ yang dipercayai mulai rapat sejak empat bulan lalu.

Tidak cepat melatah, Marsha yang baru selesai menjalani proses alih suara filem terbitan Disney, Frozen berkata, dia enggan bersikap terbuka dengan mendedahkan hubungan itu dengan khalayak.

“Kesilapan saya sebelum ini ialah terlalu banyak berkongsi perkara berkaitan hubungan lalu dan lama kelamaan, ia memakan diri apabila berlaku perpisahan.

“Untuk hubungan kali ini, saya tidak mahu terlalu memikirkan sangat dan biar ia berlangsung secara semula jadi dan spontan. Saya perlu berhati-hati dan takut berkongsi status hubungan,” katanya.

Marsha akui mengenali lelaki yang dimaksudkan sejak hampir lapan tahun lalu dan hanya beberapa bulan kebelakangan ini pintu hatinya terbuka untuk bercinta lagi.

Jejaka itu dikatakan matang, pendengar setia dan penasihat yang baik walaupun tiga tahun lebih muda daripada penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ke-3 ini.

“Yang saya berani kongsi ialah kehidupan saya lebih gembira dan bahagia sejak berkawan dengannya. Namun, jangan tanya pasal kahwin sebab kami baru berkawan.

“Biar kami kenal lebih dekat dan kita tunggu saja ke mana hubungan ini mampu pergi,” katanya.

Desas desus hubungannya dengan lelaki bernama ‘S’ mula menjadi perbualan beberapa bulan lalu apabila Marsha dipercayai sering berulang alik ke Pulau Pinang bertemu kekasihnya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");