Jenayah

Lagi 20 pengawal keselamatan ditahan

jenayah

BUTTERWORTH – Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 20 warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan termasuk seorang wanita, dalam tempoh 24 jam sejak awal pagi semalam.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri, Basri Othman berkata, mereka yang ditahan berusia antara 25 dan 45 tahun membabitkan 12 warga Nepal, lima rakyat Pakistan dan tiga warga Filipina termasuk wanita terbabit.

“Hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan, sepasukan anggota imigresen membuat pemeriksaan di 12 lokasi sejak awal pagi semalam hingga awal pagi ini.

“Mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, menyalah guna dokumen perjalanan selain ada yang menggunakan dokumen pengenalan diri milik orang lain,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

“Wanita warga Filipina berusia 45 tahun itu didapati menggunakan dokumen orang lain dan mendakwa rakyat tempatan, sedangkan dia warga Filipina,” katanya.

Katanya siasatan mendapati mereka bekerja dengan beberapa syarikat kawalan keselamatan tempatan sejak enam bulan lepas.

Basri berkata semua yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan Imigresen 39 (b) akta yang sama.

Pihaknya juga akan menjalankan siasatan terhadap syarikat keselamatan terbabit dan jika syarikat itu berdaftar boleh diambil tindakan mengikut Seksyen\ 55(b) dan Seksyen 56(1)(b) Akta Imigresen kerana menggaji dan melindungi pekerja terbabit, katanya.- Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");