Jenayah

Lagi kes dadah, curi libatkan remaja

remaja dadahEnam remaja yang ditahan dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan curi motosikal:-

LUNAS – Polis Kulim yang diketuai Inspektor Norfaizal Mohamad menahan enam remaja lelaki berusia 15 hingga 20 tahun dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan mencuri motosikal kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, serbuan dibuat melalui maklumat orang awam.

Menurutnya, polis pada mulanya membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Mutiara bagaimanapun suspek tidak berada di rumah.

“Polis kemudiannya membuat serbuan di kawasan semak di belakang Taman Kulim Square di mana, ia menjadi tempat melepaskan gian menghisap dadah yang membawa kepada penemuan motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Kami kemudiannya membawa semua suspek terlibat ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik untuk menjalani ujian saringan air kencing dan mendapati semua mereka positif dadah. Seorang suspek mengaku dia mencuri sebuah motosikal jenis Honda EX5 di sebuah surau Kulim Square dan meleraikannya,” katanya.

Ghuzlan berkata, semua suspek kini ditahan di Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut.

“Kami berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberikan maklumat kepada polis bagi memastikan perlakuan jenayah dapat dibendung,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");