Jenayah

Mangsa kereta dilari masih trauma, takut

masih trauma

Petaling Jaya: “Saya jadi trauma dan sangat takut bila naik kereta yang dipandu laju, malah setiap kali kereta berhenti, saya akan terus tekan butang keylock supaya orang luar tidak dapat masuk,” kata Pirhat Karim, 35, pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dilarikan seorang remaja, 4 November lalu.

Beliau berkata, kejadian terbabit sangat menghantui hidupnya hingga peristiwa ngeri itu sentiasa terbayang dan terbawa dalam tidur.

Gangguan emosi

Katanya, lebih malang, ia turut menyebabkan emosi beliau dan isteri, Che Mastura Che Awang, 31, terganggu memandangkan keadaan anak mereka, Muhammad Asyraf Ikhwan, sembilan bulan, masih belum stabil sepenuhnya.

“Memang tidak sangka, kejadian seperti ini berlaku pada kami. Ketika kejadian, saya hanya fikir kami tiga beranak akan mati.

“Sekarang, saya perlu kuat untuk memulihkan semangat isteri yang betul-betul terganggu terutama apabila melihat keadaan anak kami,” katanya ketika menerima lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, di Hospital Pakar Ara Damansara (ADMC), di sini, semalam.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");