Perak Hari Ini

Masyarakat Perlu Bantu Kerajaan Tangani Wabak Denggi

PERAKTODAY DUN13- 5

Selain Jabatan Kesihatan negeri, peranan anggota masyarakat juga diperlukan dalam menangani wabak denggi di Perak.

Menurut Exco Kesihatan negeri, Nolee Ashilin Mohamed Radzi (BN-Tualang Sekah),  antara langkah yang boleh dipraktikkan ialah melaksanakan aktiviti pembersihan di lokasi pembiakan nyamuk dari semasa ke semasa.

Selain di luar rumah,  ubat pembunuh jentik-jentik perlu dimasukkan ke dalam bekas air kekal dalam rumah, tegasnya.

“Hanya peruntukkan masa selama 10 minit dalam tempoh seminggu untuk memusnahkan lokasi atau tempat pembiakan nyamuk di luar rumah,” katanya ketika menjawab soalan lisan Chen Fook Chye (DAP-Keranji) pada sidang DUN Perak di Ipoh, hari ini.

Tegasnya lagi,  dalam setahun, sejumlah RM7 juta dibelanjakan oleh Jabatan Kesihatan negeri untuk melaksanakan pelbagai program pencegahan wabak denggi di kawasan berisiko di Perak.

Tambahnya, promosi kesihatan berterusan juga dilaksanakan dari semasa-semasa bagi meningkatkan kesedaran awam berkaitan wabak denggi.

Terdahulu, Nolee Ashilin memaklumkan sehingga 22 November lalu, sebanyak 22 kes demam denggi dilaporkan di sekitar Mambang Di Awan, dengan 10 daripadanya dilaporkan sepanjang bulan September dan Oktober lalu.

Antara lokasi kes yang dikenalpasti ialah Kampung Baru Mambang Di Awan dan sekitar pekan Mambang Di Awan.

Jabatan Kesihatan negeri katanya, menjalankan pemeriksaan di 416 rumah dan daripada jumlah itu, tujuh premis didapati positif menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Jabatan berkenaan juga menjalankan kawalan melalui fogging membabitkan 990 buah rumah di Mambang Di Awan  selain mengedarkan 326 risalah bagi tujuan promosi kesihatan kepada masyarakat.

“Selain itu, 244 sesi tunjuk ajar menggunakan racun jentik-jentik juga disediakan untuk pengetahuan masyarakat tempatan,” katanya lagi.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");