Berita Hari Ini

Mesir mungkin tutup Kedutaan Turki

MESIR

KAHERAH – MESIR. Kerajaan sementara Mesir mengarahkan Duta Turki meninggalkan negara itu susulan ketegangan hubungan antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, arahan itu dianggap sebagai satu provokatif.

Jurucakap Kementerian Luar Mesir Badr Abdelatty menyatakan pada laporan Press TV, hubungan dengan Ankara makin dingin selepas pemimpin negara itu selalu mencampuri hal ehwal dalaman Mesir.

“Turki cuba mempengaruhi negara dunia terhadap kepentingan Mesir ketika berucap pada mesyuarat Persaudaraan Islam Antarabangsa sekali gus dilihat sebagai usaha untuk mewujudkan ketidakstabilan di negara itu,” katanya.

Menurutnya, keputusan untuk mengusir Duta Huseyin Avni Botsali juga dilakukan sehari selepas Erdogan menggesa supaya presiden yang digulingkan, Mohamed Mursi dibebaskan dari penjara di Iskandariah.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");