Membawang Hari Ini

Mesti Tonton: Wira cilik

wira cilik

Judul: Ender’s Game
Pelakon: Harrison Ford, Asa Butterfield, Ben Kingsley, Hailee Steinfeld, Abigail Breslin, Viola Davis
Pengarah: Gavin Hood

Skrip: Gavin Hood (Lakon Layar), Orson Scott Card (Novel) Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains Durasi: 114 minit

Tayangan: Mulai 6 November 2013

“BILA saya memahami musuh, itu sudah cukup untuk menewaskan mereka. Namun pada masa sama, saya juga menyayangi mereka.”

Itulah prinsip seorang kanak-kanak bernama Ender Wiggin yang menjadi tunjang utama filem ini. Kata-kata yang dilafazkan Ender jelas menggambarkan keseluruhan emosi filem arahan Gavin Hood ini.

Dibikin berdasarkan novel popular sekitar 1985 tulisan Orson Scott Card, filem arahan Gavin Hood ini menampilkan kanak-kanak sebagai wira. Begitupun, dia bukan calang-calang hero kerana di bahunya terletak amanah serta harapan untuk menyelamatkan dunia daripada makhluk asing, Formics.

Sukar untuk diterima akal, namun di sebalik tubuh kecilnya itu, Ender (Asa Butterfield) mempunyai keberanian serta pemikiran yang matang sehingga berjaya menarik minat Kolonel Hyrum Graff (Harisson Ford) untuk melatihnya di sekolah pertempuran. Di sana, dia menjalani latihan bagi ketahanan fizikal dan juga mentalnya.

Kepintaran Ender dan perhatian yang diberikan kolonel berkenaan membuatkan dia dibenci rakan sepasukan. Namun begitu, sekental manapun jiwa Ender, emosinya tetap terganggu juga apabila berlaku peristiwa yang hampir mematahkan semangatnya. Justeru, mampukah Ender mencapai misinya itu?

Menyaksikannya ibarat penonton belajar mengenai metodologi latihan, kepimpinan dan juga etika. Malah, filem ini juga sarat dengan elemen kekeluargaan dan semangat setia kawan.

Lakonan Ford dan Butterfield juga sangat memberangsangkan. Keserasian antara mereka amat jelas walaupun ada babak yang memaparkan berlakunya pertentangan pendapat membabitkan kedua-duanya.

Pujian seharusnya diberikan kepada penerbit dan penulis skrip filem ini kerana dalam keghairahan menghasilkan filem bercorak komersial, soal kemanusiaan dan kasih sayang tidak langsung dipinggirkan.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");