Berita Hari Ini

Mitsubshi lancar Attrage untuk pasaran Malaysia

New-Mitsubishi-Attrage-Malaysia

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini melancarkan model untuk segmen B pertamanya bagi pasaran Malaysia, Mitsubishi Attrage.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tetsuya Oda, model yang berkonsepkan Eco Sedan Bergaya itu didatangkan dalam tiga varian iaitu GL (MT), GS CVT dan Attrage SE yang dikuasakan oleh enjin MIVEC tiga silinder 1.3 liter dengan transmisi manual atau Transmisi Berubah-ubah Berterusan (CVT) INVECS-III.

Menurut beliau, model yang juga didatangkan dengan kemasan dan ciri-ciri yang biasanya terdapat pada model sedan premium seperti kabin yang lebih luas, butang pemula, kamera undur dan mempunyai kecekapan penggunaan minyak 21 kilometer per liter.

“Tawaran harga pengenalan dan ciri-ciri baharu ini akan menarik minat pasaran.

“Kami yakin akan dapat menjual sebanyak 500 unit model ini sepanjang hujung tahun ini hingga 2014,” kata beliau ketika ucapan perasmian Mitsubishi Attrage di sini hari ini.

Mitsubishi Attrage ini akan dijual pada harga RM59,212.50 (GL (MT)), RM67,978.50 (GS CVT dan RM75,796.50 bagi model Attrage SE semua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insurans.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");