Berita Hari Ini

Nenek jalan kaki 10km

NENEK

BUKIT PAYONG – Seorang anggota Rela bergelar nenek antara yang menyahut cabaran berjalan kaki lasak sejauh 10 kilometer membabitkan 200 anggota Rela di Hulu Besut, malam kelmarin.

Wardah Mohamad, 51, peserta Felcra Keruak, Hulu Besut yang mempunyai lima anak dan empat cucu secara sukarela ingin menyertai latihan jalan kaki bermula dari pekan Bukit Payong sehingga ke Kampung La.

Menurutnya, walaupun berusia separuh abad tetapi dia sanggup berjalan kaki untuk jarak sedemikian dengan memakai kasut hutan (jungle bot) dan pakaian seragam melalui jalan utama ke kampung itu.

“Latihan berjalan kaki lasak tidak beri banyak masalah kepada saya kerana pekerjaan harian saya menternak dan menjaga lembu memaksa saya berjalan kaki sejauh 12 kilometer sehari di kawasan ladang kelapa sawit.

“Selain bekerja membaja pokok kelapa sawit, berjalan kaki untuk menjaga lembu dalam jarak sedemikian membantu saya menjalani latihan lasak ini tanpa sebarang masalah,” katanya ketika pelepasan latihan lasak itu yang turut disertai suaminya, Razaki Zainal, 57.

Sementara itu Ketua Rela Daerah, Abdul Razak Ishak berkata, latihan lasak seumpama itu julung kali diadakan di daerah ini yang dianjurkan hasil inisiatif pasukan Mukim Rela Hulu Besut.

Katanya, hampir kesemua daripada 200 anggota berjaya menamatkan latihan jalan lasak itu yang bermula di Bukit Payong pada jam 11.30 malam.

“Kumpulan pertama tiba di Pusat Komuniti Rela Kampung La pada jam 12.30 pagi, manakala yang terakhir pada jam 1.30 pagi,” katanya.

Abdul Razak berkata, latihan seumpama ini mampu melahirkan anggota Rela yang mempunyai tahap kecergasan fizikal dan mental serta disiplin yang tinggi.

Jelasnya, latihan yang diadakan bukan paksaan, sebaliknya disertai secara sukarela oleh anggota yang berminat dan sambutan yang diterima amat memuaskan.

Beliau tidak menolak latihan seumpama itu akan diadakan di peringkat daerah atau juga berbentuk pertandingan.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");