Isu Panas

Pas minta bentang ‘post mortem’ PRU13

PAS

SHAH ALAM – Seorang perwakilan Pas dari Johor hari ini mempersoal kelewatan Pas Pusat membentang laporan post mortem PRU13 walaupun ia sudah berakhir enam bulan lepas.

Firdaus Masood berkata, pemimpin akar umbi berharap laporan itu dikeluarkan sebelum Muktamar Pas tetapi mereka masih belum menerimanya.

Kegagalan mengeluarkan laporan itu secepat mungkin menyebabkan pemimpin dan anggota akar umbi tidak tahu mengenai (apa dilakukan) parti, katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Pas ke-59, di sini, hari ini.

Beliau juga mencadangkan Pas Pusat supaya melantik jurucakap peringkat Pusat dan negeri dalam PR untuk memastikan program dan dasar parti dapat dijelaskan sehingga ke peringkat akar umbi.

“Sekarang ini, terlalu ramai pemimpin yang bercakap dan ia menimbulkan kecelaruan dalam kalangan anggota,” katanya.

Firdaus turut menyarankan Pas menubuhkan badan pemikir bebas yang dianggotai kumpulan teknokrat, veteran Pas, golongan profesional dan ulama untuk menjadi ‘pressure group’ (kumpulan pendesak) kepada pimpinan Pusat.

Sementara itu, beliau turut mahu kepimpinan Pas pusat mengamalkan doktrin pembahagian kuasa di peringkat kepimpinan mereka supaya dapat memberi fokus dan membezakan kerja dan tanggungjawab di peringkat pusat atau negeri.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");