Berita Hari Ini

Pelanggan Petronas Mesra terima produk berkualiti

PETRONAS

SHAH ALAM – Petronas Dagangan Berhad (PDB) mewajibkan kesemua pembekal menjadi pembekal berdaftar barangan Petronas untuk memastikan pelanggan-pelanggan Petronas Mesra menerima produk-produk dan servis yang berkualiti.

PDB, dalam satu kenyataan menjelaskan, ia sentiasa menyokong usahawan-usahawan tempatan dengan memberi platform untuk menjadi rakan niaganya.

Mereka boleh pohon menjadi pembekal barangan Petronas yang sah melalui program industri kecil dan sederhana (IKS).

PDB juga mengalu-alukan syarikat berminat menghantar kertas kerja untuk dipertimbangkan.

Untuk keterangan lanjut tentang program IKS ini, usahawan boleh menghubungi Unit Pengurusan Rakan Perniagaan, Jabatan Jualan dan Operasi Perniagaan Runcit, Bahagian Perniagaan Runcit, PDB, melalui Mesralink di talian 1 300 88 8181.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");