Perak Hari Ini

Pemilihan Semula Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Gopeng Lancar

pemilihan UMNO

Sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 312 daripada 354 perwakilan pergerakan Wanita UMNO Bahagian Gopeng menghadiri mesyuarat perwakilan itu yang diarahkan mengadakan pemilihan semula oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat.

Pemilihan semula ini menyaksikan seorang calon menarik diri, Wan Razita Wan Razak, 37, bagi memberi laluan kepada dua calon lain iaitu Juliliyana Mohd Junid, 36, dan Datuk Hamidah Osman, 52.

Pada pemilihan 12 Oktober lalu, Hamidah yang juga Ketua Penerangan Wanita Umno gagal mempertahankan jawatannya apabila tewas kepada bekas Ketua Puteri bahagian itu, Juliliyana  dengan majoriti 20 undi.

Juliliyana memperolehi 163 undi, Hamidah (143) dan Wan Razita (20).

Pada pemilihan ini, 61 cawangan Wanita UMNO Gopeng akan membuat pemilihan dan keputusan dijangka diumumkan petang nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");