Perak Hari Ini

Penggunaan Senjata Api Ikut Keperluan, Persediaan Semasa: Mohd Yusop

PERAKTODAY4Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin, berkata keperluan terhadap penggunaan senjata api kepada anggota penguatkuasaan termasuk jabatan agama yang bertugas di bahagian kritikal atau berisiko adalah berdasarkan kepada peringkat persediaan dan keperluan semasa.

“Bagi saya, penggunaan senjata api pada masa ini bukan persoalannya kerana  perlu atau tidak ianya adalah peringkat persediaan dan jika membabitkan soal keselamatan, memang perlu ada di mana-mana.

“Kita  masih percaya dengan keberkesanan penguatkuasaan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan setakat ini mungkin tiada lagi keperluan itu di pihak JAIPk,” ujarnya.

Beliau mengulas mengenai cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom supaya anggota penguat kuasa jabatan agama dibekalkan senjata api ketika melakukan operasi.

Tambah Mohd Yusop lagi, pihaknya masih menunggu berhubungg kajian yang dijalankan oleh pihak Pusat dan jika dirasakan perlu, ia bukan sahaja dipraktikkan di negeri Pahang sahaja sebaliknya perlu dilaksanakan di seluruh negeri di Malaysia.

“Penggunaan senjata api ini hanya atas alasan  untuk menguatkuasakan undang-undang sahaja. Tujuan serta komen daripada pihak yang berwajib perlu bagi penggunaan senjata api,” tambahnya lagi.

Mengulas pula mengenai ajaran Syiah, kerajaan negeri Perak jelasnya, sentiasa mengadakan program-program pencerahan mengenai isu terbabit secara berterusan di hampir di seluruh daerah.

“Kita terus-terusan memberi pencerahan mengenai Syiah kepada semua kawasan, peringkat umur dan daerah supaya kesemua peringkat jelas mengenainya,” tambahnya lagi.

Percerahan mengenai isu Syiah ini jelasnya, perlu kerana ianya berbahaya kepada umat Islam daripada segi pegangan dan kefahaman mereka.

“Mudah-mudahan ianya lebih jelas dan sebagai satu pendedahan kepada umat Islam, sekaligus tidak lagi menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat kelak,” katanya.

Tambah Mohd Yusop lagi, setakat ini, JAIPk  telah membawa enam orang yang terlibat dengan fahaman Syiah untuk dihadapkan ke mahkamah dan keputusannya bakal diketahui kelak.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");