Perak Hari Ini

Perak Kaji Aspek Teknikal Sebelum Bekal Air Ke Negeri Lain

mb lap
Kerajaan negeri melalui Lembaga Air Perak (LAP) sedang menimbang cadangan untuk membekalkan air kepada beberapa negeri tertentu di negara ini, demikian kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Enggan mendedahkan negeri-negeri tersebut, beliau yang ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat LAP di Ipoh, sebentar tadi menjelaskan penilaian sewajarnya akan dibuat dari aspek teknikal sebelum sebarang keputusan muktamad diambil pihak kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri diminta agar menimbang cadangan menjual air kepada beberapa negeri tertentu dan ketika ini, penilaian dan kajian dari sudut teknikal sedang dijalankan sama ada untuk membekalkan air terawat atau mentah.

“Tetapi, kita di pihak kerajaan negeri lebih suka pilihan membekalkan air terawat,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau yang juga pengerusi LAP memberitahu kajian terperinci itu juga turut merangkumi pulangan hasil yang bakal dinikmati negeri sekiranya cadangan itu dilaksanakan kelak.

Selain itu, bekalan air untuk pengguna di Perak di masa depan, katanya, juga perlu dipastikan mencukupi dan tidak terjejas sekiranya kerajaan negeri bersetuju menerima cadangan terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, LAP katanya, terus menunjukkan prestasi yang membanggakan dari segi pulangan hasil yang direkodkan pada setiap tahun.

Di atas pencapaian itu, agensi terbabit, menjadi antara lembaga pengurus air berprestasi tinggi di Malaysia.

Mengulas bantuan subsidi air pula, sehingga 24 Oktober lalu, kira-kira 10, 493 keluarga di Perak kata Zambry, mendapat faedah melalui bekalan 20 meter padu air percuma yang disediakan oleh LAP.

Selain itu, sejumlah 1,993 rumah ibadat di negeri itu turut mendapat bantuan sama, katanya lagi.

“Daripada jumlah itu, 1,709 adalah masjid, diikuti 155 buah kuil, 95 buah tokong dan bakinya 34 buah gereja.

“Kerajaan negeri memberi subsidi sebanyak 47 sen untuk menyalurkan bekalan 20 meter padu air percuma kepada rumah-rumah ibadat kerana kos sebenarnya yang ditanggung LAP ialah 77 sen.

“Meskipun usaha ini dianggap tidak signifikan oleh pihak pembangkang, harus diingat kadar penggunaan air di rumah-rumah ibadat dalam sehari adalah melebihi 20 meter padu,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");