Perak Hari Ini

Perak Sedia Timbang Cadangan Wujud Dewan Khusus Untuk Sidang DUN

PERAKTODAY DUN13- 9

Kerajaan Perak sedia menimbang cadangan menyediakan dewan yang baru khusus untuk persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha menyuburkan lagi amalan demokrasi di negara ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kerajaan negeri disaran agar memisahkan bidang legislatif dan eksekutif memandangkan dewan sidang DUN terletak di bawah satu bumbung dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri.

“Pada sesi perbahasan, ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Manap Hashim mencadangkan agar kerajaan menyediakan dewan khusus untuk persidangan DUN yang turut menempatkan pejabat Ketua Pembangkang.

“Bagi saya, ini adalah cadangan yang baik dan kita akan mendapatkan pandangan daripada semua wakil rakyat berhubung keperluan tersebut,” kepada pemberita di luar persidangan DUN Perak Ke-13 di Ipoh, petang tadi.

Beliau menjelaskan lagi, Selangor, Sabah dan Sarawak antara negeri di Malaysia yang mempunyai dewan khusus untuk persidangan DUN masing-masing.

Ujarnya, kerajaan negeri akan melihat perkara ini secara positif dan pelaksanaan tersebut tidak akan mengambil masa yang panjang untuk dilaksanakan selain membuat penilaian dari segi kos dan lokasi yang bersesuaian.

“Jika perlu, kita mahu pejabat ketua pembangkang dan Speaker berada di lokasi yang sama agar mesyuarat jawatankuasa akan lebih berfungsi,” tambahnya lagi.

Beliau menambah urusan pembinaan dewan yang baru sama sekali tidak melibatkan peruntukan Bajet 2014.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");