Perak Hari Ini

Pertumbuhan Ekonomi Suku Tahun Keempat Dijangka Meningkat

husni pkmm

Pertumbuhan ekonomi negara pada suku tahun keempat dijangka meningkat berdasarkan kepada kejayaan mencatat pertumbuhan 5 peratus dalam suku tahun ketiga.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, menaruh keyakinan negara akan mencapai tahap kemuncak pertumbuhan ekonomi pada suku keempat tahun ini kerana sumbangan pelaburan kerajaan akan menjadi lebih tinggi berbanding suku sebelumnya.

“Secara keseluruhannya, negara kita telah mencatat peratus pertumbuhan ekonomi sebanyak 5 peratus walaupun dari segi dana kewangan antarabangsa (IMF) pada tahun ini, pertumbuhan dunia telah disemak daripada 3.1 peratus kepada 2.9 peratus.

“Boleh dikatakan semua negara mencatatkan kedudukan yang positif. Jadi pertumbuhan suku tahun ketiga menampakkan perubahan lebih baik daripada suku tahun kedua bagi sebahagian besar negara dunia,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Rumah Terbuka Deepavali Parlimen Tambun di Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun, dekat Ipoh, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohammad Ziad Zainal Abidin dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Kinta, Datuk Aminuddin Md. Hanafiah.

Sementara itu, bagi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pula, kajian mengenai perkara itu katanya, sedang dilaksanakan dan rang undang-undang berhubung GST dijangka dibentangkan awal tahun depan di Parlimen.

“Kita memerlukan tempoh masa untuk melaksanakannya iaitu pada 1 April 2015 supaya ia boleh dilaksanakan dengan baik.

“Di bawah GST, saya percaya lebih banyak syarikat akan mendaftar kerana ianya adalah secara berperingkat di mana mereka boleh mengambil semula wang hasil daripada pembayaran GST tersebut,” jelasnya.

Tambah Ahmad Husni lagi, jawatankuasa akan ditubuhkan untuk memantau pergerakan perjalanan GST selain turun padang di kawasan-kawasan Parlimen menerangkan kepada rakyat berkenaan kebaikan GST untuk kesejahteraan negara.

“Kita akan tubuhkan jawatankuasa pemantau dan saya sendiri akan mempengerusikannya di mana ini akan melibatkan beberapa kementerian, agensi-agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk memastikan pelaksanaannya pada tahun 2015 sempurna.

“Kami sedang senaraikan nama yang akan terlibat dan dijangka penubuhannya pada hujung tahun ini,” katanya.

Walaupun sebelum ini, pihaknya telah melakukan taklimat berkaitan GST kepada pihak atasan, namun, beliau memberitahu iainya tidak lengkap jika rakyat tidak memahami maksud sebenar pelaksanaannya.

Jelasnya beliau, Malaysia sememangnya bertuah kerana melaksanakan GST selepas 160 buah negara telah menjalankannya.

“Jadi, kita boleh belajar daripada pengalaman semua negara sekaligus mengetahui serta mengkaji permasalahan yang mereka hadapi.

“Kita seharusnya bersyukur apabila kita melaksanakannya kelak,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");