Isu Panas

Perwakilan bimbang banyak tumbang

PAS

SHAH ALAM – Seorang perwakilan Pas Kedah, semalam membayangkan kebimbangan bahawa lebih banyak kerusi parti bakal tumbang jika masalah dalaman parti tidak diselesaikan.

Nasir Zakaria berkata, Pas Pusat perlu menangani masalah itu segera jika tidak mahu keadaan itu menular ke negeri-negeri lain seperti yang telah dialami Pas Kedah.

“Kedah tidak mahu barah ini yang bukan sahaja tumbangkan Kedah dahulu, malah ia mungkin menyerang kerusi Parlimen, Dun, atau negeri-negeri yang kita kuasai,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan Pas ke-59 di sini, semalam.

Sambil merujuk Pas Pusat sebagai ‘ibu bapa’ yang harus mengendalikan permasalahan berbangkit dalam parti, beliau meminta pemimpin berkenaan supaya pantas bertindak.

“Sudah tentu ayah perlu mengambil tindakan pantas, cepat, tepat untuk redakan masalah yang berlaku,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Jawatankuasa Pemandu Pas perlu diperkasa dan diaktifkan segera supaya dapat memantau pergerakan, memberi nasihat profesional dan ikhlas kepada setiap badan perhubungan negeri.

Dalam pada itu, Nasir turut mempersoal status dan hala tuju Audit Syariah yang usul penubuhannya telah diluluskan pada muktamar lepas namun kini ia ‘sepi tanpa berita’.

Beliau percaya penubuhan Audit Syariah itu mampu menyelesaikan pelbagai masalah selain berupaya memantau audit perjalanan badan perhubungan negeri, badan eksekutif parti dan lain-lain lagi.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");