Jenayah

Pesara tentera mohon saguhati

tentera

Mohamad Noor mengenang kembali suka duka ketika bertugas sebagai anggota tentera ketika melihat gambarnya berpakaian seragam:-

MACHANG – Pesara tentera mohon kerajaan mempertimbangkan wang saguhati kepada mereka yang pernah berkhidmat pada misi pengaman di Congo di sini, semalam.

Mohamad Noor Harun, 76, berkata, saguhati itu dapat membantu mengurangkan beban anggota tentera yang terlibat dalam meniti usia emas mereka pada hari ini.

Katanya, bukan pengiktirafan yang diminta cuma sedikit penghargaan, sekali gus membantu anggota terlibat terutamanya mereka yang sakit.

“Biarpun kami mendapat pencen namun, ada yang sakit dan memerlukan perbelanjaan yang banyak. Dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga, sekali gus menghargai khidmat warga emas ini.

“Ramai anggota tentera terlibat pada misi pengaman itu. Pakcik sendiri pergi pada Februari 1992 dan pulang ke tanah air 10 bulan kemudian,” katanya di sini, semalam.

Mohamad Noor berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan yang banyak menyalurkan bantuan dan menjaga kebajikan bekas anggota tentera melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM).

Katanya, bantuan itu merangkumi semua aspek, termasuk kebajikan bagi mereka yang sakit dan sebagainya namun, wang saguhati itu antara satu penghargaan kepada anggota tentera terlibat.

Jelasnya, bukan tujuan mereka untuk meminta supaya jasa dan bakti mereka ketika bertugas dibalas namun, sedikit penghargaan yang dapat membantu mereka menghabiskan sisa-sisa hidup.

“Macam pakcik sendiri, wang pencen banyak dihabiskan untuk membeli pelbagai ubatan kerana pakcik pernah diserang strok dan terpaksa berulang alik ke hospital,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");