Jenayah

Polis gesa ‘Tuhan Harun’ serah diri

jenayah

Kuantan: Serah diri. Amaran kepada pengasas kumpulan Tuhan Harun, Harun Mat Saat, bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahad lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner, Mohd Zakaria Ahmad, berkata sebaik waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah kelmarin, pihaknya sudah meminta kerjasama polis di beberapa negeri bagi membantu mengesan Harun.

“Alamat terakhir Harun ialah di Kampung Jelutung Kok Lanas, Ketereh, Kelantan dan kita sudah memaklumkan polis Kelantan bagi membantu menahan Harun.

“Begitu juga Polis Selangor, kami dimaklumkan Harun mempunyai rumah di Seksyen 12, Shah Alam. Sehingga kini, belum ada tanda-tanda kelibat ketua ajaran sesat berkenaan di dua negeri terbabit.

Selain itu, pihaknya juga meminta bantuan Jabatan Imigresen untuk menyemak rekod perjalanan Harun sama ada pernah ke luar negara.

Cadang naik gred mangsa

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata beliau mencadangkan supaya Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malik, 49, yang ditembak mati Ahad lalu, dinaikkan gred jawatannya dalam usaha membantu keluarga mangsa.
Katanya, kenaikan gred berkenaan dapat mengurangkan beban isteri mangsa, Rosmahwani Abdul Wahab, 41, yang tidak bekerja dan empat anaknya, Mohd Asyraf, 22; Mohd Abrar, 20; Mohd Amin, 15 dan Mohd Akashah, 12, yang masih belajar.

Di Kuala Lumpur, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), menyokong cadangan senjata api dibekalkan kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Malah, Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), juga perlu dibekalkan dengan senjata api.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");