Jenayah

Polis periksa pengawal keselamatan bersenjata

jenayah

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini membuat pemeriksaan terhadap semua pengawal keselamatan bersenjata di seluruh negara, bagi memastikan mereka mempunyai lesen dan dokumen sah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pemeriksaan itu dibuat sejurus pembunuhan kakitangan AmBank di Subang Jaya, dalam ketegasan polis membendung semua jenayah berat di negara ini.

Katanya, pemeriksaan membabitkan semua pengawal keselamatan bersenjata itu adalah tindakan jangka pendek bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Untuk jangka panjang, PDRM akan memperketatkan syarat pemilikan senjata api kepada semua syarikat dan individu” Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Elak penyamaran identiti

“Ia merangkumi sama ada pengawal keselamatan itu mempunyai dokumen sah pemilikan senjata api, selain dokumen pengenalan diri. Sehubungan itu, polis memerlukan kerjasama semua majikan syarikat kawalan keselamatan bagi memudahkan pemeriksaan.

“Kita percaya dengan langkah ini dapat membendung kejadian sama berulang dan mengelak berlakunya penyamaran identiti seperti dilakukan suspek pembunuhan kakitangan AmBank di Subang Jaya.

“Untuk jangka panjang, PDRM akan memperketatkan syarat pemilikan senjata api kepada semua syarikat dan individu bagi mengelak penyalahgunaan,” katanya selepas melawat seorang Sukarelawan Polis dalam rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Akhbar semalam melaporkan, PDRM akan berbincang dengan semua syarikat kawalan keselamatan hari ini, berhubung pengambilan pendatang haram sebagai pengawal keselamatan.

Pada pertemuan dengan wakil syarikat itu, mereka akan diberi taklimat mengenai aspek perundangan dan penambahbaikan perkhidmatan selaras garis panduan ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");