Jenayah

Pura-Pura Sakit Elak Ditahan JPJ

Johnny (kiri) dan Abdul Manaf (kanan) memeriksa kenderaan pada Ops Khas Motosikal di Stesen Timbang JPJ Cawangan Benta./Pic:Sinar Harian

KUALA LIPIS: Taktik seorang wanita berusia 40an yang berpura-pura sakit kepala bagi mengelak dirinya ditahan pihak berkuasa tidak menjadi apabila dia dikenakan tindakan saman atas kesalahan lesen memandu tamat tempoh.

Sebelum itu, wanita berkenaan yang panik apabila terserempak sekatan jalan raya di Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Benta di sini bertindak membelokkan kenderaan di sebuah kedai makan berhampiran lokasi operasi terbabit. Wanita bersama lima penumpang lain yang menyatakan ingin berehat seketika di kawasan itu enggan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa apabila diminta menunjukkan lesen memandu.

Namun begitu, setelah pihak berkuasa berkeras meminta lesen berkenaan akhirnya wanita terbabit mengalah sekali gus membongkar kesalahan memiliki lesen tamat tempoh.

Wanita itu antara yang disaman dalam Ops Khas Motosikal membabitkan JPJ, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Stesen Timbang JPJ Cawangan Benta di sini, malam kelmarin.

Pengarah JPJ negeri, Datuk Zakaria Man berkata, operasi yang diadakan bermula jam 8 malam hingga jam 12 tengah malam itu memberi tumpuan kepada penunggang motosikal yang mencatatkan angka statistik tertinggi kemalangan maut.

“Sepanjang operasi, 24 saman JPJ dan 20 saman trafik dikeluarkan membabitkan pelbagai jenis kesalahan termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan nombor plat tidak mengikut spesifikasi.

“Operasi membabitkan 20 anggota JPJ, lima anggota polis dan empat anggota AADK itu turut menahan seorang lelaki yang pernah terbabit dalam gejala dadah dan melanggar syarat pengawasan,” katanya.

Turut serta dalam operasi, Penolong Pegawai Penguatkuasa JPJ Cawangan Raub, Abdul Manaf Yunus dan Pegawai Trafik IPD Lipis, Inspektor Johnny James Bujang.

 

– Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/pura-pura-sakit-elak-ditahan-jpj-1.224628

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");