Perak Hari Ini

PWJC 2013 Platform Terbaik Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014

PERAK TODAY 5

Hasil sambutan hangat yang diterima tahun lalu, kerajaan Perak akan menganjurkan semula  acara Pangkor World Jetrace 2013 (PWJC 2013) bagi mempromosikan pulau peranginan itu sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

PERAK TODAY 4Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya, acara itu mendapat pengiktirafan daripada International Jetski dan Boating Association (IJSBA), sebuah badan yang mengawal selia perlumbaan sukan air dunia melalui Kelab Sukan Kraf Air Malaysia.

“Dengan adanya acara sebegini, ia bukan sahaja dapat mempromosikan Pulau Pangkor sebagai destinasi pelancongan kepada pelancong tempatan malahan kehadiran pelancong dari negara juga akan turut terkena tempiasnya,” ujarnya kepada pemberita pada sidang media PWJC 2013 di Ipoh, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN), Musa Dun; pihak penganjur PWJC 2013, Raja Putra Shah dan pelumba jet ski Malaysia bertaraf antarabangsa, Mohd Nur Azahari Ahmad Baddri yang dikenali sebagai Eddy Pangkor.

Tambah Shahrul Zaman lagi, acara ini bukan sahaja bertujuan memberi pendedahan belia tempatan dalam sukan lasak selain kemampuan bersaing di peringkat antarabangsa, malah sebagai persediaan awal kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.

Beliau turut berharap agar program itu akan memberi nilai tambah dalam aspek sosio-ekonomi di Pulau Pangkor kerana ia juga dilihat sebagai pelaburan baik untuk menarik lebih ramai pelancong ke pulau tersebut.

Shahrul Zaman juga menzahirkan rasa bangga apabila salah seorang peserta dari Jepun yang merupakan juara keseluruhan di Jepun serta Juara Dunia dalam acara jet ski,  akan turut serta dalam acara tahun ini yang bakal berlangsung selama dua hari bermula dari 30 November hingga 1 Disember nanti.

Selain PWJC 2013, tambahnya, terdapat beberapa persembahan sampingan akan dijayakan oleh anak tempatan seperti gendang pantai dan kumpulan busker sepanjang acara berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

Shahrul Zaman memberitahu, kejohanan itu dianjurkan dengan kerjasama penaja utama, Amanjaya Holdings & Ventures dan Integrax Bhd sebagai penaja eksklusif.

Katanya, acara itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan peserta yang menyertai acara ini berpeluang memenangi hadiah keseluruhan yang bernilai RM33, 500.

“Bagi pelumba negara, peserta yang  mengumpul mata tertinggi daripada siri perlumbaan di Langkawi, Johor, Terengganu dan Pulau Pangkor, mereka ini akan dinobatkan sebagai juara negara  di peringkat antarabangsa dan Juara Malaysian International Jetrace Challenge Siri 2012/2013,” jelas beliau lagi.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan sebanyak 15 pasukan, terdiri daripada 40 pelumba daripada Malaysia, Jepun, China, Filipina dan Brunei dijangka mengambil bahagian dalam cabaran itu  yang berlangsung di perairan Pantai Pasir Bogak, dekat Pulau Pangkor.

Sementara itu, Raja Putra Shah pula mensasarkan pelumba Malaysia untuk menaiki podium bagi acara edisi kedua ini.PERAK TODAY 6

“Kita akan beri sepenuh sokongan kepada pelumba Malaysia supaya mereka dapat menaiki podium bagi kategori yang dipertandingkan.

“Dua orang pelumba wanita dari Pahang dan Terengganu mempunyai potensi besar untuk ke peringkat antarabangsa. Jadi, kita akan terus menyokong serta memberi semangat berterusan kepada mereka berdua,” ujarnya.

Tahun ini,  lima kategori perlumbaan dipertandingkan antaranya 4 Stroke Pro Am Open, 4 Stroke Pro Am Stock, 4 Stroke Ladies Open, 4 Stroke Veteran Open dan 2 Stroke 800 Open.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");