Membawang Hari Ini

Rabecca Nur Islam menang saman Erma

rebeca

Kuala Lumpur: Pelakon, Rabecca Nur Islam Ahmad, yang menang saman terhadap pengarah Erma Fatima dan syarikatnya, mahu rakan artis berani mengambil tindakan ke atas penerbit atau pengarah yang menindas mereka.

Rabecca, 27, pelakon filem Keramat, berkata setiap artis seperti kerjaya lain di negara ini mempunyai hak di sisi undang-undang untuk menuntut keadilan jika mendapati mereka dianiaya.

“Kes ini diharap menjadi pengajaran dan panduan kepada artis lain. Mereka tidak perlu bimbang sekiranya berada di pihak yang benar.

“Kita harus berhati-hati dengan setiap kontrak ditandatangani. Baca dan fahami kandungannya. Itulah yang bakal menjadi penyelamat sekiranya berlaku perkara tidak diingini,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau mengulas kejayaan kes samannya ke atas penerbit, pengarah dan pelakon, Erma Fatima dan Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd.

Rabecca berkata, keputusan menyaman Erma Fatima dan syarikatnya bertujuan membersihkan namanya yang didakwa artis bermasalah.

“Syukur kepada Allah apabila menerima berita gembira ini, jam 11 pagi tadi (semalam), daripada peguam saya. Kemenangan ini membuktikan saya bukan pelakon bermasalah atau tidak berdisiplin seperti didakwa.
“Lebih-lebih lagi, saya hanya menuntut hak saya, iaitu baki bayaran lakonan sebanyak 40 peratus daripada drama Dejavu Di Kinabalu,” katanya.

Sementara itu, Erma Fatima ketika dihubungi enggan memberikan ulasan berhubung kekalahannya dalam kes terbabit.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");