Membawang Hari Ini

Rahim Razali selamat jalani pembedahan

rahim da

Pelakon dan pengarah, Datuk Rahim Razali yang dimasukkan ke hospital akibat pendarahan di otaknya selamat menjalani pembedahan.

Difahamkan beliau menjalani pembedahan kira-kira pukul 8 pagi tadi di Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya.

“Alhamdulillah, ayah telah selamat menjalani pembedahan dan ia mengambil proses selama sejam lebih. Dia kini ditempatkan di High Dependency Unit (HDU),” ujar anak kepada pengarah filem ‘Abang’ ini, Nadia, seperti yang dipetik daripada sebuah portal berita.

Sebelum ini, Rahim telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit kepala ketika menjalani penggambaran rancangan sukan terbitan Astro Arena di Kuantan, Pahang.

Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan pembuluh darah di bahagian kepalanya pecah dan menyebabkan pendarahan di dalam otak.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");