Perak Hari Ini

Restoran ‘Nasi Kandar Ayam Merah’ Kembali Beroperasi Hari ini

PERAK TODAY 1

Berita baik buat peminat Nasi Kandar Ayam Merah atau lebih dikenali sebagai ‘nasi ganja’.

Selepas ditutup selama tiga hari berikutan aspek kebersihan kurang memuaskan, Restoran Nasi Kandar Ayam Merah yang beroperasi di Jalan Yang Kalsom, dekat Ipoh dibuka semula hari ini.

PERAK TODAY 7Pengurusnya, Mohd Nithmathullah Syed Mustafa mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri, Jabatan Kesihatan Perak dan pelanggan setianya atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada restoran tersebut.

“Mulai hari ini, kami berniaga semula dan saya harapkan orang ramai tidak lagi mempercayai berita-berita palsu yang disebarkan kerana saya jamin semua itu tidak benar,” ujarnya lagi.

Biarpun mengalami kerugian setelah premisnya ditutup selama tiga hari, Nithmatullah berkata, ia sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus meneruskan perniagaan itu seperti biasa.

“Kesemua perkara yang diarah oleh pihak Jabatan Kesihatan Perak telah kami laksanakan dan hari ini perniagaan dapat beroperasi semula seperti sedia kala,” katanya lagi.

Sementara itu, Nithmathullah juga tidak berasa begitu khuatir mengenai kepercayaan pelanggan kerana berita yang tersebar di laman sosial Facebook itu ternyata palsu.

“Kami masih mengekalkan resepi, kualiti dan keadaan yang sama tanpa sebarang pengubahsuaian dan pastinya 100 peratus tiada unsur najis dalam masakan kami,” jelasnya.

Tegasnya lagi, premis Nasi Kandar Ayam Merah hanya beroperasi di Ipoh sahaja dan setakat ini, tiada cawangan lain dibuka di negara ini.

“Akibat berita palsu tersebut, restoran Yong Suan turut terkena tempiasnya kerana Nasi Kandar Ayam Merah sudah tidak asing lagi  di kalangan orang ramai dan ia juga merupakan tarikan pelancongan makanan di Perak,” katanya.

Nithmathullah berharap agar kesemua pelanggan boleh menyuarakan masalah atau nasihat terus kepadanya pada masa akan datang.

Pelanggan juga katanya, tidak perlu lagi khuatir tentang tahap kebersihan restoran kerana ternyata berita yang disebarkan itu tidak benar sama sekali.

Sementara itu, salah seorang pelanggan tetap restoran, Asyraf Mohamed, 26, berkata beliau turut terkejut dan pelik dengan penyebaran berita palsu berkenaan kedai tersebut.

“Sebelum ini, tiada sebarang masalah dibangkitkan berkaitan penyediaan makanan di restoran ini,” katanya.

Menurut Irham Aqil Zulkifli pula, berita yang tidak pasti kesahihannya tidak sepatutnya terus dipercayainya selain tanpa bukti yang kukuh.

“Saya merupakan pelanggan tetap restoran ini dan setiap minggu, saya selalu datang ke sini,” katanya pemuda berusia 24 tahun itu lagi sambil menasihatkan orang ramai jangan mudah mempercayai fitnah seperti yang berlaku terhadap restoran tersebut.

Sementara itu, jelas Pengurusnya lagi,  operasi premis yang dipelopori sehingga 4 generasi  ini  sudah bertapak selama 55 tahun, hasil kerjasama padu dengan restoran Yong Suan turut terkena tempiasnya berikutan penyebaran berita palsu berkenaan.

“Nama nasi kadar ayam merah sudah tidak asing lagi  dikalangan orang ramai dan  ianya juga merupakan satu tarikan pelancongan makanan di negeri Perak ,” katanya.

Nithmathullah berharap agar kesemua pelanggan boleh menyuarakan masalah atau nasihat terus kepadanya bagi memajukan lagi perniagaan nasi ganja yang terbukti mempunyai keunikannya tersendiri.

Pelanggan juga di nasihati olehnya supaya tidak perlu khuatir lagi  tentang kebersihan dan maklumat palsu berkenaan kerana ianya ternyata tidak benar sama sekali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");