Berita Hari Ini

RM60,000 menanti kaki pancing

BANTING

BANTING – Hadiah bernilai hampir RM60,000 menanti peserta dengan Pertandingan Memancing GP Selangor 2013 Siri Kesembilan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) sempena Bulan Melawat Kuala Langat yang dikendalikan Wakjali Event Management di Pantai Morib, Ahad ini.

Jurucakap penganjur, Md Zali Kasran berkata, juara pertandingan akan menerima RM30,000 kedua RM10,000 dan ketiga RM5,000 diikuti pemenang keempat hingga ke-10 menerima RM500 dan ke-11 hingga 30 menerima RM400 beserta hamper.

Katanya, ini kali kedua Pantai Morib dipilih sebagai venue pertandingan memancing GP Selangor walaupun tangkapan pada edisi pertama tahun lalu kurang memberangsangkan namun keadaan dijangka berbeza kali ini.

“Ini berikutan keadaan air yang berarus khususnya selepas fenomena air pasang keling yang dijangka pada Selasa dengan ketinggian air pada hari pertandingan ialah 3.8 meter.

“Bagi mengisi masa senggang pada Sabtu, penganjur juga akan menganjurkan Cabaran Malam Minggu pada Sabtu (malam) bermula jam 9 hingga 12 malam,” katanya.

Kaunter pendaftaran 24 jam akan mula dibuka di lokasi pertandingan bermula jam 12 tengah hari Sabtu ini dengan yuran penyertaan RM25 sahaja dengan 150 kemeja-T disediakan untuk peserta yang mendaftar awal.

Sementara itu, tinjauan di lokasi memancing menyaksikan beberapa pemancing mencuba pelbagai cara dan umpan bagi menawan ikan Pantai Morib sebagai persediaan pertandingan kali ini.

Mereka berminat boleh menghubungi 013-3588206, 012-6823479 dan 013-3838655 atau lawati laman web www.wakjali.com.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");