Berita Hari Ini

R&R belum dibuka

RR

KUALA LIPIS – Pengguna jalan raya yang kerap ke Cameron Highlands melahirkan rasa kecewa apabila kemudahan Rawat & Rehat (R&R) di Pos Betau di sini masih belum dibuka sepenuhnya kepada pengguna.

Mereka mendakwa, kemudahan berkenaan sudah siap dibina beberapa bulan lepas tetapi hanya satu premis sahaja yang beroperasi sekali gus menyukarkan pemandu untuk transit di situ.

Seorang pengguna, Zuraini Zainal, 30, berkata, dia sudah beberapa kalu memberhentikan kenderaannya tetapi kurang selesa dengan keadaan itu kerana hanya satu premis sahaja beroperasi manakala yang lain masih ditutup.

Zuraini juga mendakwa tempat rehat itu masih tiada bekalan air bersih, elektrik dan tandas sekali gus mungkin menyukarkan orang ramai yang singgah di situ.

“Kebanyakan pelawat dari Kuantan dan kawasan Pahang Timur yang mengunjungi pusat pelancongan tanah tinggi itu tidak perlu lagi memilih laluan di Lembah Kelang, tetapi memadai jalan alternatif yang lebih dekat apabila jalan raya Kuala Lipis ke Cameron Highlands sudah beroperasi 5 tahun lepas.

“Kenapa senario di Pos Betau ini boleh berlaku sedangkan matlamat projek R&R itu berfungsi untuk kemudahan istirehat, makan minum dan solat untuk pengunjung transit di situ,” katanya di sini, kelmarin.

Seorang lagi pengguna, Asyarf Ibrahim, 27, berkata, kelewatan operasi berkenaan bercanggah dengan usaha kerajaan negeri untuk memberi keselesaan pemandu.

Katanya, kelewatan operasi itu juga tidak menggambarkan pengisian kempen keselamatan jalan raya bagi menjaga kebajikan pengguna dan kenderaan untuk mengelakkan berlaku kemalangan.

Menurutnya, R&R juga bertujuan memberi kemudahan kepada penduduk setempat melestarikan bidang keusahawanan memasarkan pelbagai jenis makanan tradisional dan kaftangan kepada pelawat yang singgah di situ.

“Kita harap pihak berwajib cakna dan menyegerakan operasi kemudahan di R&R Pos Betau untuk kemudahan pemandu berulang alik ke Cameron Highlands dan termasuk aspek kebersihan dan keceriaan.

“Saya cadangkan kemudahan ini dibuka lebih awal kerana musim cuti persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Pembukaan R&R ini membuktikan sektor pelancongan kawasan Orang Asli Pos Betau dan Hulu Jelai dilaksanakan,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");