Berita Hari Ini

Sarawak tekad terus prestasi baik urus kewangan

swak

KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak akan mengambil langkah berterusan untuk memantapkan lagi sistem pengurusan kewangannya yang telah mendapat pengiktirafan Ketua Audit Negara setiap tahun sejak 10 tahun lepas.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata penyata kewangan kerajaan negeri telah menerima Sijil Bersih dari Ketua Audit Negara dari 2002 hingga 2011, sekali gus membuktikan ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran kerajaan negeri.

“Selain itu juga kita juga dapat mencatatkan lebihan pendapatan berbanding perbelanjaan berjumlah RM2.6 bilion pada tahun 2011 berbanding dengan RM2.22 bilion pada tahun 2010,” katanya semasa berucap merasmikan Hari Audit 1Malaysia dan Persidangan Juruaudit Sektor Awam 2013 di sini.

Menurutnya pencapaian itu hasil kecekapan pengurusan wang awam serta amalan pengurusan kewangan dan tadbir urus yang baik yang diamalkan oleh kerajaan negeri selama ini.

“Pada masa yang sama kerajaan negeri Sarawak mengambil sikap proaktif dan positif untuk terus meningkatkan akauntabiliti awam dan segala penemuan, teguran dan pemerhatian (Ketua) Audit (Negara) diberi perhatian demi penambahbaikan dalam pengurusan kewangan,” katanya.

Taib berkata kerajaan negeri sedar bahawa harapan rakyat semakin meningkat dan bukannya hanya tertumpu kepada penyampaian perkhidmatan yang baik serta pembangunan fizikal.

Katanya harapan rakyat sekarang turut mengambil kira aspek akauntabiliti serta tadbir urus di pihak kerajaan dan juga penjawat awam di negeri ini.

“Tindakan penambahan baik dari segi amalan serta tindakan positif juga perlu diambil dengan sewajarnya bagi kes-kes yang memerlukan supaya persepsi awam mengenai sektor awam dan kerajaan boleh ditambahbaik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam ucapannya berkata institusi audit di Malaysia pada masa ini perlu menghadapi cabaran-cabaran baharu yang konsisten dengan transformasi-transformasi yang sedang dan bakal berlaku di negara ini.

“Persidangan juruaudit yang mengiringi sambutan Hari Audit 1Malaysia kali ini diharap dapat memantapkan lagi kapasiti dan kewibawaan warga audit dalam menjalankan tanggungjawab masing- asing,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");