Perak Hari Ini

‘Saya Tiada Niat Hina, Burukkan Nama Restoran Vanggey’: Ze Aida

PERAK TODAY 5Kontroversi berhubung fitnah melalui laman sosial Facebook terhadap restoran Nasi Vanggey, dekat Greentown berakhir apabila seorang wanita tampil memohon maaf secara terbuka, malam tadi.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Ze Aida, 24, menjelaskan beliau tidak berniat sama sekali untuk menghina atau memburuk-burukkan restoran itu.

Sebelum ini, dalam status Facebooknya, Ze Aida menyebut bahawa pihak polis menemui najis manusia dalam peti simpanan makanan restoran tersebut.

“Tiada niat dihati saya untuk menghina restoran ini dan kontroversi itu berlaku apabila saya menyalin status yang ditulis oleh seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas di Ipoh.

Turut hadir, pengurus restoran, Ahmad Fazli Mohammed dan pengarahnya, Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik.

Beliau berkata, laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Sungai Senam, Khamis lalu.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Fazli berharap pengakuan Ze Aida itu akan dapat mengembalikan semula keyakinan orang ramai terhadap restoran terbabit.

Restoran itu diarah tutup selama dua minggu sehingga 28 November ini kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");