Berita Hari Ini

Sebahagian jalan Sungai Besi ditutup sementara

Jalan-Tutup

KUALA LUMPUR – Besraya (M) Sdn Bhd akan menutup sementara sebahagian Jalan Sungai Besi arah Seremban, pada hari ini dan laluan arah Kuala Lumpur/pusat bandar, mulai esok.

Penutupan bermula 11 malam hingga 5 pagi itu adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menanggalkan jaring keselamatan dan julur penyokong untuk span 5 dan 6 BR3 yang merentasi Jalan Sungai Besi.

Menurut kenyataan di sini hari ini, penutupan Jalan Sungai Besi bagi arah Seremban akan dilaksanakan berhampiran susur masuk Jalan Duta Off Jalan Chan Sow Lin manakala arah pusat bandar, berhampiran susur masuk Jalan Istana.

Sehubungan itu, kenderaan yang ingin menuju ke arah Seremban dikehendaki menggunakan Jalan Dua, Jalan Chan Sow Lin dan kembali semula ke Jalan Sungai Besi, menurut kenyataan itu.

Sementara kenderaan yang ingin menuju ke pusat bandar dikehendaki menggunakan Jalan Istana, Simpang Bellamy, Jalan Bukit Petaling, Jalan Dewan Bahasa, Jalan Istana dan kembali semula ke Jalan Sungai Besi.

Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan mematuhi papan tanda keselamatan dan had laju yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Besraya di talian 017-6221621 dan Road Builder (M)Sdn Bhd di 019-2652143.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");