Membawang Hari Ini

Showbiz: Enam filem setiap tahun

filem

Walaupun tidak mengeluarkan perbelanjaan tinggi, Showbiz Productions Sdn Bhd (Showbiz) akan memastikan filem terbitannya memuaskan cita rasa penonton serta menampilkan pelakon terkenal dalam pelbagai genre.

Sejak ditubuhkan pada 2011, anak syarikat KRU Studios itu sudah menerbitkan dua filem iaitu Kahwin 5 dan Hantu Kapcai dengan peruntukan masing-masing tidak melebihi RM2 juta.

Ketua Operasi Showbiz Zarina Abdul Rahman berkata, dengan menggunakan bajet minima, syarikat itu memastikan filem terbitannya berkualiti.

“Anggaran kos terbitan filem Showbiz adalah di sekitar RM1 juta, namun akan mengeluarkan peruntukan lebih besar bagi filem lebih besar seperti Ular yang menelan perbelanjaan RM1.8 juta,” katanya.

Beliau yang ditemui pada majlis pelancaran tiga filem baru Showbiz baru-baru ini berkata, syarikat itu menyasarkan menerbit enam filem setiap tahun mulai tahun depan.

“Showbiz akan menerbitkan filem yang lebih komersial dan berbeza dengan filem berat KRU yang sedia ada,” katanya.

Zarina berkata, syarikat itu menumpu penerbitan filem bagi pasaran umum khusus peminat filem Melayu dengan perbelanjaan sederhana yang tidak melebihi RM2 juta.

“Kami mahu menghasilkan filem yang menepati kehendak dan cita rasa penonton dan akan menayangkan filem baru iaitu Mat Tudung pada tahun depan,” katanya.

Sementara itu, tiga filem baru yang bakal ditayangkan syarikat berkenaan hujung tahun ini adalah Hantu Tok Mudim, Ular dan Chikaro.

Filem Hantu Tok Mudim dibarisi pelakon Izzue Islam, Soffi Jikan dan AR Badul akan ditayangkan pada 21 November ini diikuti dengan Ular, arahan Jason Chong pada 5 Disember manakala Chikaro, arahan Nizam Zakaria pada 26 Disember ini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");