Perak Hari Ini

Sistem Pendidikan Sekolah Agama Dikaji, Dibangunkan Secara Holistik: Mohd Nizar

nizar yb

Sistem pendidikan Islam yang dilaksanakan sekolah agama di Perak akan dikaji dan dibangunkan secara holistik dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang.

Menurut Exco Pendidikan Islam Negeri, Mohd Nizar Zakaria, pelbagai inisiatif disediakan kerajaan negeri bagi kemajuan jangka pendek dan panjang sistem pendidikan tersebut.

“Antaranya dengan menyediakan tiga aliran kurikulum bagi menambah nilai sistem pendidikan Islam bagi aspek akademik, Azahariah dan tahfiz di Sekolah Agama Negeri (SAN),” ujar beliau.

Katanya, peruntukan kursus serta latihan kepada golongan terlibat khususnya guru-guru, pengetua serta kakitangan sekolah agama juga dijalankan supaya aspek pentadbiran sekolah dapat diperhalusi dengan lebih berkesan dari semasa ke semasa.

“Bukan itu sahaja, hasrat mempertingkatkan kualiti para nazir ke sekolah-sekolah agama bagi mengenalpasti institusi yang terkebelakang atau daif juga akan dijalankan.

“Tindakan ini akan diambil bagi membantu para pelajar mendapat pendidikan serta pembelajaran yang sama seperti sekolah lain,” ujarnya ketika menjawab soalan lisan Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff (BN-Selama).

Tambah Mohd Nizar, kertas kerja untuk meningkatkan kadar bantuan perkapita yang diterima SAR juga akan dikemukakan bagi memastikan pelajar memperoleh keselesaan semasa aktiviti pembelajaran dijalankan.

Selain itu, jelasnya, SAR disaran agar didaftarkan dengan kementerian pendidikan Malaysia sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).

“Ini bertujuan memastikan sistem pengurusan dan infrastruktur sekolah lebih terjamin kerana ianya berada di bawah seliaan kementerian sendiri,” kata beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");