Berita Hari Ini

Smart dijadual jalani klasifikasi IEC

DatukMohamedThajudeen

KOTA KINABALU – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dijadual menjalani program klasifikasi International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG) External Classification (IEC) pada 2015.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, langkah itu merupakan sebahagian usaha Pasukan SMART untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pasukan mencari dan menyelamat profesional.

“Kejayaan untuk menjadi sebahagian kumpulan pasukan mencari dan menyelamat elit yang eksklusif ini akan memberi paradigma baharu untuk menjadi pasukan profesional yang lebih bersepadu dan berkelayakan untuk menghulurkan bantuan,”
katanya.

Mohamed Thajudeen berkata demikian semasa merasmikan Eksesais Respons Gempa Bumi Rantau Asia Pasifik INSARAG yang dihadiri 13 negara. Latihan empat hari itu dianjurkan bersama oleh MKN, Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNOCHA).

Ini merupakan kali pertama Malaysia dipilih menganjurkan acara itu dengan sebahagian latihan itu akan diadakan di kawasan Gunung Kinabalu di Kundasang, Ranau.

Sebagai negara tuan rumah, Mohamed Thajudeen menyifatkan latihan itu amat penting dalam usaha berterusan Malaysia untuk meningkatkan khidmat enyampaiannya dan mendekatkan perkhidmatan awam kepada rakyat sebagai pihak berkepentingan.

Katanya walaupun Malaysia, sebagai anggota Asean terikat dengan Penjanjian Asean bagi Pengurusan dan Bantuan Bencana Alam dalam urusan respons bencana alam, namun sistem kemanusiaan antarabangsa perlu diambil kira dan diselaraskan dengan sistem sedia ada.

“Dengan mengambil kira keadaan semasa yang menyaksikan kejadian bencana alam semakin kerap berlaku akibat perubahan iklim, adalah perlu untuk membuat persediaan awal dalam menghadapinya bagi meminimumkan kesan bencana alam ke atas rakyat, komuniti dan negara,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");