Perak Hari Ini

Soal Ketirisan Bukan Sekadar Teguran: Ahmad Husni

PERAK TODAY 6Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, soal ketirisan bukan hanya sekadar teguran yang membabitkan pengurusan perbelanjaan sebaliknya ia memerlukan siasatan bagi mengenalpasti perbezaan hasil yang berlaku sebelum boleh dianggap sebagai ketirisan.

“Jika berlaku sedemikian, siasatan akan dilakukan dan kini timbulnya 100 kes yang sedang disiasat jawatan kuasa di bawah Ketua Setiausaha Negara (KSN)  manakala 25 kes pula disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jika kes itu didapati bersalah barulah boleh dikatakan sebagai ketirisan dan setakat ini ianya tidak  timbul,” ujarnya kepada pemberita selepas melawat tapak projek 30 unit gerai di Chemor, petang tadi.

Beliau mengulas berkenaan isu ketirisan yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang yang melibatkan RM25 billion yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara.

“Laporan Ketua Audit Negara hanya menyentuh  jumlah RM1.5 bilion iaitu  RM1.1 bilion membabitkan Kerajaan Persekutuan dan  RM400 lagi juta bagi  badan berkanun,” jelasnya  Ahmad Husni lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan katanya, memandang serius usaha untuk meningkatkan kedudukan ekonomi negara, salah satunya daripadanya melalui proses  konsolidasi fiskal dalam  perancangan Bajet 2014 yang lalu.

Ujarnya lagi, kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan kedudukan ekonomi pada peringkat antarabangsa supaya piha luar dapat melihat kesungguhan negara dalam soal tersebut.

“Kita mengurangkan perbelanjaan subsidi dan pelaksanaan (GST)  pada  2015 dan langkah itu telah menyakinkan mereka kesungguhan kita melaksanakannya,”katanya.

Tambahnya lagi, pelaksanaan tersebut bakal memberikan gambaran dan presepsi yang baik kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Sasaran kita sebanyak 4.5 peratus  pada tahun 2013 boleh tercapai kerana melalui suku tahun pertama sehingga suku ketiga keseluruhan telah mencapai  sebanyak 4.5 peratus dan suku tahun ketiga sahaja kita telah dicapai sebanyak 5 peratus.

“Bagi suku tahun seterusnya, peratus itu dijangka akan meningkat lagi,” katanya.

Tambah Husni lagi,  kerajaan serius untuk membangunkan kewangan negara ini, manakala berkenaan pelaksanaan subsidi pula tidak banyak ditimbulkan di Parlimen dan ianya memberi gambaran  bahawa  rakyat kini sedang menerimanya.

“Berlaku kenaikan harga tetapi ianya telah stabil  manakala berkenaan (GST) pula, kerajaan bakal menerangkannya secara keseluruhan untuk  rakyat memahaminya,” katanya lagi.

Beliau turut mengumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bakal  menemui kesemua menteri-menteri termasuklah Ketua Setiausaha kementerian dan ketua jabatan pada 11 Disember depan bagi membincangkan dengan  lebih terperinci  berkenaan pelaksanaan Bajet 2014.

Terdahulu, Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun ditemui pemberita selepas meninjau tapak pelaksanaan projek 30 unit gerai yang bakal didirikan khusus untuk memberi  peluang kepada penjaja di kawasan Chemor berniaga.

Ujarnya, pelaksanan projek itu perlu bagi membantu penjaja di situ meneruskan perniagaan dengan lebih teratur dan ia dijangka siap Ogos tahun hadapan.

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");