Membawang Hari Ini

Soseh Soseh: Tabik usaha gigih Awie

awie

Teater Supermokh Sebuah Muzikal arahan bersama Hans Isaac dan Harith Iskandar yang dipentaskan sejak minggu lalu di Istana Budaya tamat pada Isnin lalu. SS yang berkesempatan menontonnya baru-baru ini menyifatkan teater lakonan Awie, Maya Karin, Rashidi Ishak, Douglas Lim, Radhi Khalid dan Dina Nadzir itu antara yang terbaik pernah dipentaskan di Istana Budaya.

Iyalah, bukan mudah untuk mementaskan teater mengenai legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari terutama membabitkan bola sepak. Paling sukar ia adalah teater muzikal dan semua pelakonnya perlu menyanyi dan menarik. Tabik hormat daripada SS untuk mereka!

Sebenarnya apa yang SS hendak ceritakan di sini ialah mengenai Awie. Pada SS, Awie seorang insan seni yang cukup berbakat. Siapa sangka Awie yang pada mulanya dikenali sebagai penyanyi rock bersama Wings sejak pertengahan 1980-an dulu sebenarnya dikurniakan bakat seni yang cukup tinggi.

Walaupun dikenali sebagai antara selebriti yang kerap dihujani kisah kontroversi sejak awal pembabitannya dalam seni, namun Awie membuktikan bakat mengatasi segala-galanya.

Selepas menyanyi dan berlakon, nampaknya bakat Awie makin terserlah sebagai pelakon teater. Selain Supermokh, Awie sudah membuktikan kemampuannya sebelum ini dalam Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal dan Cuci The Musical.

Melihat lakonan Awie di pentas, SS kagum de­ngan semangatnya. Dari situ SS dapat tahu Awie memang bekerja keras untuk pementasan itu.

Tidak hairanlah badannya susut gara-gara Supermokh!

Awie boleh menjadi contoh untuk penyanyi dan pelakon yang masih baru dalam industri hiburan tempatan. Sesungguhnya tidak ada jalan mudah untuk mendaki ke puncak.

SS: Suka dengan keserasian Mamat Khalid dan Awie di layar perak.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");