Perak Hari Ini

Strategi Rangkaian Persatuan Pastikan Belia Dapat Pendedahan Dasar Kerajaan

belia sukan exco

Pendekatan strategi rangkaian persatuan belia akan dipraktikkan di Perak bagi memastikan golongan tersebut mendapat maklumat berhubung sebarang program yang dirancang kerajaan negeri.

Menurut Exco Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup), pendekatan tersebut dilihat mampu mengatasi jurang maklumat antara pihak pengurusan serta belia sedia ada di seluruh kawasan negeri Perak.

Katanya, belia boleh mendapatkan maklumat serta skim yang disediakan kerajaan negeri  melalui agensi-agensi terlibat sekiranya strategi ini berjaya dilaksanakan kelak.

“Kita mempunyai sebanyak 34 badan gabungan persatuan belia dan lebih 900 gabungan belia yang tidak didaftarkan di bawah Majlis Belia Negeri.

“Jadi, melalui rangkaian persatuan ini, segala maklumat akan diasalurkan kepada mereka supaya golongan belia mendapat pendedahan tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan tambahan Mohd Zawawi Abu Hassan (PAS-Gunung Semanggol) pada hari keempat Sidang Dewan Negeri Ke-13 di Ipoh, hari ini.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri akan mewujudkan strategi komunikasi media baru memandangkan medium ini diminati golongan belia masa kini.

“Pada masa kini, golongan belia meminati medium media baru dan kita akan gunakan medium perantaraaan itu untuk menyampaikan segala maklumat serta perancangan.

“Saya juga telah meminta KPerak untuk merancang strategi komunikasi media baru supaya maklumat dapat disalurkan dengan cepat dan mudah,” katanya.

Sementara itu, jelas Shahrul Zaman, Koloni Karyawan Amanjaya juga diwujudkan bagi mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah.

“Menerusi usaha Yayasan Bina Upaya, para sisawazah diberi pendedahan untuk membuka pernigaaan ‘online’ mengikut citarasa mahupun kehendak serta keperluan belia dalam lingkungan modal yang bersesuaian.

“Skim pinjaman yang ditawarkan ialah RM5,000 bagi katogeri individu dan RM10,000 untuk katogeri francais,” kata beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");