Membawang Hari Ini

SuperMokh imbau kegemilangan lalu

filem

Tanpa terowong masa, Tall Order Productions berjaya mengimbas kemenangan bersejarah pasukan bola sepak kebangsaan yang menewaskan Korea Selatan pada Pesta Bola Merdeka sekitar 1970an dengan membawa Stadium Merdeka ke pentas Istana Budaya, malam kelmarin.

Peristiwa manis yang menyaksikan pemain di posisi penyerang, Datuk Mokhtar Dahari, menjaringkan gol kemenangan itu cukup menyentuh emosi khalayak, yang seakan berasakan mereka berada di tempat kejadian sedangkan ia sekadar stadium ciptaan pasukan produksi.

Kesungguhan pasukan penerbitan yang diketuai Hans Isaac merangkap pengarah bersama bergandingan dengan Harith Iskander menghidupkan pementasan SuperMokh Sebuah Muzikal wajar diberi pujian, begitu juga pendukung watak legenda bola sepak negara yang mendapat gelaran SuperMokh, iaitu Awie.

Bersama prop hidraulik bersaiz besar, tayangan visual di layar gergasi yang menunjukkan ribuan penonton bersorak merangsang semangat dan imej pemain lincah menggelecek bola di padang turut membuatkan bulu roma meremang.

Entah mengapa, rata-rata penonton bagai terasa cukup dekat dengan bintang sukan kebanggaan ramai itu walaupun hakikatnya sebahagian besar khalayak di dalam Panggung Sari pada malam itu masih terlalu kecil ketika nama Allahyarham menjadi sebutan.

Belum termasuk paparan satu persatu rahsia peribadi termasuk punca pengundurannya, semangat setia kawan, menghormati penyokong, cinta mendalam terhadap negara atau hampir putus tunang selepas wanita idaman terasa hati dan berasa terpinggir dek kecenderungannya terhadap bola sepak.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");