Perak Hari Ini

Syarikat Tempatan, Antarabangsa Dipelawa Bangunkan Kawasan Selatan Perak

saarani

Syarikat tempatan dan antarabangsa dipelawa bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan selatan Perak khususnya di Slim River dan Tanjung Malim.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan), kawasan selatan Perak memilki pelbagai potensi untuk dibangunkan antaranya dalam sektor pelancongan bertaraf antarabangsa.

“Kita di pihak kerajaan negeri ingin mempelawa syarikat tempatan dan antarabangsa untuk membangunkan kawasan Slim dan Daerah Tanjung Malim dengan kerjasama MDTM.

“Kerajaan negeri juga akan bertindak sebagai pemudah cara dalam kerjasama ini,” katanya lagi ketika menjawab soalan Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) pada hari ketiga Sidang DUN Perak di Ipoh, hari ini.

Terdahulu, Saarani menjelaskan, bagi menceriakan pekan Slim River dan kawasan Tanjung Malim, Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) menyediakan pelan pembangunan jangka pendek dan jangka panjang iaitu sehinga tempoh 2020.

Ia katanya, meliputi pembangunan yang merujuk kepada penyediaan kemudahan awam, kebersihan, landskap, pasar dan stesen bas yang akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat oleh MDTM.

“Untuk menceriakan pekan Slim River dan kawasan Tanjung Malim yang membabitkan kampung Melayu tradisional dan kampung baru, kerajaan negeri melalui MDTM menyediakan pelan jangka pendek dan panjang iaitu sehingga tempoh 2020.

“Pelan Induk Perparitan dan Pelan Induk Landskap 2011-2021 juga disediakan untuk pembangunan di kawasan selatan Perak yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa,” katanya.

Mengulas lanjut, Saarani menjelaskan pembangunan akan dilaksanakan secara pakej atau berasingan mengikut keutamaan bagi memastikan kawasan di selatan Perak itu berubah menjadi kawasan yang menarik dan berdaya saing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");