Berita Hari Ini

Tahap kesedaran pengosongan tangki septik rendah

iwkKUANTAN – Tahap kesedaran penduduk di negeri Pahang tentang kepentingan mengosongkan tangki septik kediaman masing-masing masih rendah, kata Pengerusi Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) Pahang, Pauzi Mohamed.

Katanya setakat ini, penduduk di negeri ini yang telah mengosongkan tangki septik individu adalah kurang daripada 10 peratus kerana kurangnya pendedahan tentang kepentingan pengosongan tangki septik itu.

“Ramai penduduk yang tidak mengetahui tentang kepentingan mengosongkan tangki septik di rumah untuk kesihatan mereka kerana selagi tidak berlakunya limpahan kumbahan atau kebocoran, mereka tidak akan peduli atau sedar tentang perkara ini,” katanya kepada Bernama di program pengosongan tangki septik individu di Permatang Badak Baru di sini, hari ini.

“Seperti di kawasan Permatang Badak Baru ini, daripada 420 kediaman yang ada di sini, hanya 76 buah yang telah mengosongkan tangki septik individu mereka sejak tahun 2007,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, IWK Pahang akan mempergiat dan memperbanyakkan kempen-kempen kesedaran itu di daerah-daerah seluruh negeri pada tahun depan demi kesihatan penduduk.

Beliau menjangkakan pihaknya dapat memberikan perkhidmatan pengosongan tangki kepada sekurang-kurangnya 250 buah premis bermula hari ini hingga hujung tahun di mana enam lori tangki pengosongan disediakan di kawasan itu.

Pauzi meminta mereka yang belum mengosongkan tangki septik individu supaya menghubungi talian bebas tol IWK di 1-800-88-3495 atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip IWK ke 36399 atau e-mel kepada [email protected].

Katanya, caj bulanan pengosongan tangki hanya serendah RM6 atau RM18 untuk caj setiap tiga bulan bagi tempoh dua tahun.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");